Terbuka Hong Kong: Chong Wei Dan Peng Soon/Liu Ying Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir selepas menewaskan rakan senegara Chong Wei Feng pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Pada pusingan kedua, Khamis, Chong Wei iaitu pemain nombor satu dunia hanya mengambil masa 27 minit untuk mengalahkan Wei Feng dengan straight 21-12 dan 21-18 di gelanggang Hong Kong Coliseum.

Menanti beliau di suku akhir ialah Jan O Jorgensen dari Denmark yang mengenepikan Tien Chen Chou dari Taiwan 21-14 dan 21-14, demikian menurut laman web http://bwfbadminton.org/.

Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying turut mara ke saingan suku akhir selepas mengalahkan pasangan dari Jerman, Michael Fuchs/Birgit Michels dengan straight set 22-20, 22-20.

Pada perlawanan suku akhir esok, Peng Soon/Liu Ying akan menentang Chris Adcock/Gabrielle White dari England yang mengalahkan rakan sepasukannya Andrew Ellis/Lauren Smith dengan 21-16 dan 21-18. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan