Hoo/Tan Gagal Rangkul Juara Beregu Terbuka China

Diterbitkan: Ahad, 17 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beregu nombor dua negara, Hoon Thien How/Tan Wee Kiong gagal dalam percubaan merangkul gelaran Kejohanan Badminton Terbuka China selepas kalah kepada beregu utama Korea Selatan pada final di Shanghai pada Ahad.

Meskipun menunjukkan permainan yang baik, beregu negara itu gagal menandingi ketangkasan beregu Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong sebelum kalah 13-21 dan 12-21.

Perlawanan akhir kejohanan tersebut turut menyaksikan penguasaan pemain tuan rumah yang mengungguli tiga kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta beregu wanita.

Dalam acara perseorangan lelaki, Chen Long menundukkan rakan senegara Wang Zhengming 19-21, 21-8, 21-14, manakala Li Xuerui mengenepikan saingan Wang Shixian 16-21, 21-17, 21-19 dalam acara perseorangan wanita.

Dalam acara beregu wanita pula, beregu nombor satu dunia Wang Xiaoli/Yu Yang mudah menewaskan beregu senegara Bao Yixin/Zhong Qianxin 21-13 dan 21-7.

Dalam final acara beregu campuran, pasangan Indonesia Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir mengatasi gandingan Denmark Joachim Fischer Nielsen/Christina Pedersen 21-10, 5-21, 21-17.

Sejak diperkenalkan pada 1991, hanya dua pemain negara yang berjaya membawa pulang kejuaraan Terbuka China iaitu perseorangan lelaki Wong Choong Han pada 2002 dan perseorangan wanita Wong Mew Chew pada 2007. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan