Penyertaan Chong Wei Pada Terbuka Hong Kong Bergantung Kepada Tahap Kesihatan

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dapat beraksi pada Kejohanan Super Siri Terbuka Hong Kong minggu depan bergantung kepada keadaan kesihatannya.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata pihaknya mengakui pemain nombor satu dunia itu perlu berehat serta serta kembali cergas bagi menghadapi kejohanan yang lebih penting.

"Selepas beraksi pada dua kejohanan Terbuka Perancis dan Terbuka Denmark yang lepas, Chong Wei mengalami kecederaan fizikal, dan semua sedia maklum bahawa beliau juga sudah letih.

"Apa jua keputusan berhubung kejohanan seterusnya bergantung kepada kondisi badan beliau (Chong Wei) sendiri. Beliau perlu pulih sepenuhnya, Chong Wei juga perlu memberitahu BAM tentang tahap kecergasannya kerana beliau lebih mengetahui tentang keadaan badannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara, Khamis.

Media tempatan hari ini melaporkan Chong Wei tidak akan menyertai mana-mana kejohanan sepanjang bulan ini kerana mengalami kecederaan lama pada bahagian buku lali kanan selepas beraksi pada kejohanan Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, kedua-duanya pada bulan lepas.

Berikutan kecederaan itu, Chong Wei tidak dapat beraksi pada Kejohanan Super Siri terbuka China China yang telah bermula Selasa lepas di Shanghai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan