Koo-Tan Tersungkur Di Tangan Beregu Bukan Pilihan Dari Rusia

Diterbitkan: Jumaat, 15 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beregu emas negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mengalami kekalahan memalukan apabila tumpas kepada beregu bukan pilihan dari Russia, Vladimir Ivanov/Ivan Sozonov pada Kejohanan Terbuka China di Shanghai, Khamis.

Beregu utama negara itu, yang merupakan pilihan kelima, kalah 18-21, 18-21 dalam masa 37 minit kepada beregu Russia yang menduduki ranking ke-14 dunia pada saingan pusingan kedua itu.

Bagaimanapun, satu lagi beregu negara Hoon Thien How/Tan Wee Kiong mempunyai peluang menebus kekalahan beregu senegara itu apabila berdepan dengan beregu Russia itu pada peringkat suku akhir esok.

Hoon dan Tan mara ke suku akhir selepas menundukkan beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Shin Baek Choel dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-18 pada perlawanan pusingan kedua.

Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying turut melangkah ke saingan suku akhir selepas berhempas pulas sebelum mengecewakan gandingan Jerman Michael Fuchs/Birgit Michels dengan keputusan 22-20, 30-28.

Sementara itu, dalam acara perseorangan lelaki, Chong Wei Feng dan Liew Daren terpaksa menghadapi saingan sengit sebelum menempah tiket ke suku akhir.

Wei Feng mengalahkan pemain berusia 21 tahun dari China, Tian Houwei dengan keputusan 14-21, 21-13, 21-16 manakala Daren mengatasi pemain Jepun, Takuma Ueda 14-21, 21-17 dan 24-22.

Pada saingan suku akhir, Wei Feng akan berdepan dengan pemain veteran Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia dan Daren menentang pilihan utama Chen Long dari China. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan