Djokovic Tumpaskan Nadal Untuk Juarai Piala Penutup Musim - Raket | mStar

Djokovic Tumpaskan Nadal Untuk Juarai Piala Penutup Musim

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Novak Djokovic
Novak Djokovic

BEKAS pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menjuarai Piala Jelajah ATP Dunia dengan menumpaskan pemain nombor satu dunia masa kini Rafael Nadal 6-3, 6-4 di Arena O2, London awal pagi Selasa.

Kejohanan ini adalah kejohanan penutup tirai untuk tahun 2013 dengan hanya lapan pemain terbaik dunia sahaja dibenarkan memgambil bahagian.

Dan Djokovic, 26, bukan sahaja menang mudah malah berjaya mempertahankan kejuaraan tahunan yang dimenanginya tahun lalu.

Nadal, 27, yang kelihatan keletihan hanya mampu bertahan dan memberi saingan sekadar sejam 36 minit sahaja di atas gelanggang.

Walaupun tewas namun keputusan ini tidak sama sekali menjejaskan kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan