GP Emas Terbuka Korea: Zulfadli Ketuai Cabaran Pemain Negara Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli mara ke pusingan kedua Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Korea yang berlangsung di Jeonju Indoor Badminton Court, Korea Selatan.

Pada pusingan pembukaan pada Selasa, pemain pilihan keenam itu tidak menghadapi masalah untuk menundukkan pemain tuan rumah, Joo Young Yoon dengan kemenangan 21-12 dan 21-17, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia; www.bwfbadminton.org.

Menanti beliau pada pusingan kedua pada Rabu ialah seorang lagi pemain tuan rumah, Ki Hoon Han yang menewaskan bekas pemain kebangsaan, Kuan Beng Hong dengan keputusan 22-20 dan 21-9.

Pilihan ke-10 kejohanan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin pula terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan Hyuk Jin Jeon juga dari Korea Selatan dengan keputusan 22-20, 17-21 dan 21-18.

Loh Wei Sheng pula mencatat kemenangan 21-17 dan 21-13 ke atas wakil Belanda, Erik Meijs namun berdepan laluan getir pada pusingan kedua apabila dijadual bertemu pemain veteran tuan rumah, Lee Hyun-il.

Lee yang juga bekas juara kejohanan pada 2008 mara ke pusingan berikutnya selepas menundukkan pemain Taiwan, Chia-Hsin Wan dengan kemenangan 21-14 dan 21-14.

Bekas juara All-England 2003, Muhammad Hafiz Hashim pula dirundung malang apabila kalah kepada pemain tuan rumah, Dong Ryung Kim dengan keputusan 21-18, 15-21 dan 7-21.

Bekas pemain kebangsaan yang merupakan pilihan ketiga kejohanan, Mohamad Arif Abdul Latif turut tersingkir daripada kejohanan selepas tewas mengejut 21-18, 18-21 dan 23-25 kepada wakil tuan rumah, Young Woong Ha.

Empat lagi kategori beregu lelaki, perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran akan membuka gelanggang pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan