Ranking Pertama Bukan Lagi Sasaran Utama - Nadal

Diterbitkan: Selasa, 5 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengalaman tidak beraksi selama tujuh bulan merupakan tempoh sukar buat Nadal.
Pengalaman tidak beraksi selama tujuh bulan merupakan tempoh sukar buat Nadal.

PEMAIN tenis no.1 dunia, Rafael Nadal mengakui status sebagai pemain nombor satu bukan lagi menjadi sasaran dalam kariernya.

"Ya, saya rela menjadi pemain no.1. Tetapi itu bukanlah sasaran saya lagi," jelas Nadal penuh bermakna.

Tahun lalu, pada bulan November Nadal berada di Mallorca menjalani rawatan pemulihan kecederaan lutut kirinya yang memaksa dia berehat selama tujuh bulan.

Kecederaan yang dialami itu sekaligus memberi keraguan sama ada jaguh Sepanyol itu mampu berada di tempat sekarang.

Namun Nadal membuktikan keringatnya masih diperlukan dan kembali beraksi pada Februari tahun ini dengan dengan mencatat 13 aksi final daripada 16 kejohanan yang disertai, dan merekodkan 10 kemenangan termasuk Terbuka Perancis, Terbuka Amerika Syarikat sekaligus meraih gelaran grand slam yang ke-13, hanya empat perbezaan gelaran di belakang Roger Federer.

Nadal juga kembali merebut kedudukan no.1 yang dipegang Novak Djokovic selama 101 minggu pada 7 Oktober lalu.

"Itu adalah sasaran utama saya untuk menghabiskan tahun 2008 sebagai pemain no.1 kerana kamu perlukan itu sebagai bukti kehebatan karier.

"Tetapi ia sangat berbeza dengan sekarang kerana cabaran semakin kompetitif. Keadaan ini membuatkan saya lebih gembira untuk bersaing dan menang.

"Menjadi pemain no.1 tidak membuatkan saya istimewa apabila bermain di kejohanan yang besar," jelasnya.

Nadal mengakui, cabaran yang sebenar yang dilalui sepanjang kariernya ini adalah ketika berdepan dengan kecederaan tahun lalu.

"Ia adalah satu masa yang sukar dan berdepan dengan keraguan untuk kembali pulih seperti biasa.

"Saya pernah menguasai sebagai pemain no.1 hingga akhir tahun sebanyak dua kali, dan jika ia berlaku lagi, itu adalah sesuatu yang menakjubkan.

"Saya tahu kamu lebih suka menulis sejarah kejayaan saya sepanjang tahun tetapi bagi saya sejarah yang tidak akan dilupakan adalah tempoh tujuh bulan tanpa sebarang perlawanan dan dalam jangka masa pendek saya berdepan dengan permainan sukar.

"Sudah tentu saya berasa ragu-ragu ketika itu, malah perasaan itu juga tetap ada sekarang.

"Keraguan adalah sebahagian daripada hidup. Seseorang yang tidak ada perasaan tersebut dianggap sebagai bodoh atau sombong dan saya tidak meletakkan diri dalam keadaan itu," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Rafael Nadal , Pemain no.1 , Jaguh Sepanyol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan