Malaysia Dipilih Tuan Rumah Kejohanan Remaja Dunia 2014

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah memilih Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2014.

Menurut kenyataan BWF pada Jumaat, kejohanan tersebut akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, dari 7 hingga 18 April tahun depan.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2009.

BWF berkata kejohanan itu juga bertindak sebagai pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Remaja di Nanjing, China, Ogos tahun depan. Kejohanan Remaja Dunia merangkumi acara berpasukan campuran (Piala Suhandinata) dan acara individu.

Pemain yang lahir pada atau sebelum 1 Jan 1997 layak mengambil bahagian dan pemain yang mara ke peringkat suku akhir serta memenuhi syarat-syarat lain akan layak ke Sukan Olimpik Remaja 2014.

Syarat-syarat lain ialah pemain lahir antara 1 Jan 1996 dan 31 Dis 1999, dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) tidak boleh mempunyai dua pemain layak dalam kategori sama menerusi ranking remaja dunia pada 1 Mei 2014.

Baki tempat pada Sukan Olimpik Remaja akan diisi oleh pemain yang menduduki tempat teratas dalam ranking remaja dunia BWF. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan