Skuasy: Beng Hee, Nafiizwan Ke Pusingan Kedua Kejohanan Dunia

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mohd Nafiizwan Adnan, pemain nombor dua Malaysia, mengiringi Ong Beng Hee ke pusingan kedua Kejohanan Dunia Skuasy Lelaki 2013 di Manchester, England.

Pemain kelahiran Terengganu berusia 27 tahun itu mendapat tentangan hebat daripada pemain Mesir Mazen Hesham sebelum menang 11-8, 12-10, 4-11, 8-11, 13-11 dalam perlawanan penuh mendebarkan di Manchester Central Convention Complex pada pagi Selasa.

Terdahulu, Beng Hee menempah tempat ke pusingan kedua setelah mengalahkan Karim Abdel Gawad, juga dari Mesir, dalam satu lagi perlawanan lima set pada Isnin untuk menentang pemain pilihan ke-11 Omar Mosaad pada Selasa.

Mohd Nafiizwan berkata dia hilang fokus dalam set ketiga dan keempat, yang menyebabkan lawannya mengambil kesempatan daripada itu.

"Dalam set kelima, saya rasa saya bernasib baik! Dia berada hampir dengan mata penamat 10/7, tapi saya bertahan di situ dan cuba untuk kekal di gelanggang dengan membalas semua pukulannya.

"Dia (Mazen) agak kurang bernasib baik, tapi dia boleh menjadi pemain hebat, cuma hari ini bukan harinya dan harinya akan datang nanti," demikian kata Mohd Nafiizwan yang dipetik daripada laman web kejohanan ini www.mensworldsquashchampionship2013.com.

Mohd Nafiizwan dijangka menghadapi perjalanan getir pada pusingan kedua apabila menentang pemain pilihan ke-14 Australia Cameron Pilley pada pukul 4 petang waktu tempatan (12 tengah hari Rabu, waktu Malaysia).

Mereka pernah bertemu dua kali iaitu pada pusingan kedua Kejohanan Dunia 2012 di Qatar dan pusingan pertama Kuwait PSA Cup pada awal Mac tahun ini, yang dimenangi pemain Australia itu.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan