Cabaran Malaysia Di Kejohanan Skuasy Dunia 2013 Berakhir

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2013 di Manchester, England, berakhir apabila pemain nombor dua kebangsaan Mohd Nafiizwan Adnan kalah dalam pusingan kedua kejohanan itu pada Rabu.

Bagaimanapun, menurut laman web kejohanan itu www.mensworldsquashchampionship2013.com, pemain kelahiran Terengganu berusia 27 tahun itu memberi tentangan sengit kepada pemain pilihan ke-14 dari Australia Cameron Pilley dalam pertarungan selama 80 minit sebelum mengakhiri perlawanan dengan 9-11, 3-11, 11-9 dan 6-11 di National Squash Centre di Manchester.

Terdahulu, pemain nombor satu negara Ong Beng Hee terkeluar daripada kejohanan apabila kalah dalam tiga set kepada pemain pilihan ke-11 Omar Mosaad dari Mesir pada Selasa.

Pada pusingan ketiga, Pilley akan bertemu pemain nombor satu dunia dan juara bertahan Ramy Ashour dari Mesir, manakala Mosaad dijadual berdepan dengan pemain nombor empat dunia Nick Matthew dari England. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan