Yus Syazlin Juara Tenis Jelajah Remaja 2013

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pemain tenis wanita nombor lima negara Yus Syazlin Nabila Yusri hari ini menepati ramalan untuk muncul juara Kejohanan Tenis Jelajah Remaja 2013 bagi peringkat umur bawah 16 tahun.

TennisMalaysia dalam kenyataan di sini, berkata remaja itu mengetepikan cabaran Nurtasnim Mohamad dengan 8-2 dalam perlawanan akhir di Kompleks Sukan Negeri Perlis di sini.

Pada Isnin, Yus Syazlin Nabila dengan mudah menyingkirkan Nabila Mohd Sahi dari Kedah untuk mara ke final, kata kenyataan itu.

Remaja kelahiran Perlis itu pernah menduduki ranking nombor satu Asia bagi peringkat usia bawah 14 tahun. Beliau kini di ranking kelima wanita kebangsaan.

Kejohanan tiga hari itu disertai oleh 130 pemain termasuk dari Thailand bagi merebut Piala Menteri Besar Perlis dan dianjur oleh kerajaan negeri, Tennis Malaysia serta Kelab Tenis Kangar.

Sementara itu, pasukan Thailand muncul juara keseluruhan dan membawa pulang piala pusingan serta wang tunai RM500, selepas lima pemainnya menjuarai lima acara.

Kejohanan membabitkan kategori umur bawah 10, 12 , 14 tahun serta 16 lelaki dan perempuan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan