Terbuka Perancis: Beregu Negara Kecundang Di Tangan Pasangan Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harapan beregu utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong untuk bergelar juara Terbuka Perancis lebur di tangan beregu bukan pilihan dari Indonesia dalam final di Stadium Pierre De Coubertin, Paris.

Dalam perlawanan yang berlangsung awal hari Isnin waktu Malaysia, Kien Keat/Boon Heong yang juga pilihan keempat kejohanan, mudah diketepikan oleh Gideon Markus Fernaldi/Markis Kido dengan 16-21 dan 18-21.

Perlawanan itu hanya mengambil masa 33 minit, demikian menurut laman sesawang kejohanan www.yonexifb.com.

Sementara itu, Jan O Jorgensen dari Denmark muncul juara perseorangan lelaki selepas menewaskan pemain Jepun Kenichi Tago dengan 21-19 dan 23-21.

Pemain China Wang Shixian muncul juara kategori wanita selepas mengetepikan cabaran Porntip Buranaprasertsuk dari Thailand dengan 21-18 dan 21-18.

Kategori beregu wanita pula dimenangi oleh Bao Yixin/Tang Jinhua dari China yang menewaskan rakan pasukan Tian Qing/Zhao Yunlei dengan 21-13 dan 21-17.

Juara beregu campuran menjadi milik pasangan nombor satu dunia Zhang Nan/Zhao Yunlei yang juga mengalahkan rakan sepasukan Xu Chen/Jin Ma dengan 28-26 dan 21-17. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan