Badminton Terbuka Perancis: Kien Keat/Boon Heong Mara Ke Final, Chong Wei Gagal

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke final Terbuka Perancis di Stadium Pierre De Coubertin, Paris diranapkan pemain perseorangan Jepun Kenichi Tago.

Dalam perlawanan separuh akhir awal pagi Ahad, waktu Malaysia, Tago menewaskan Chong Wei 17-21, 21-16, 21-12 dalam masa 61 minit, demikian menurut laman web kejohanan www.yonexifb.com.

Tago akan menentang Jan O Jorgensen dari Denmark pada final yang bermula 8 malam ini waktu Malaysia.

Sementara itu, beregu utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong terpaksa berkerja keras untuk mengenepikan rakan sepasukan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong dengan 21-19, 15-21, 21-18 dalam masa 57 minit.

Menanti Kien Keat/Boon Heong di final ialah Gideon Markus Fernaldi/Markis Kido dari Indonesia yang menundukkan Liu Xiaolong/Qiu Zihan dari China 16-21, 21-19, 21-14 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan