BAM Nafi Daren Liew Gugur Daripada Terbuka China & Hong Kong Bulan Depan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan spekulasi bahawa pihaknya tidak akan menghantar Daren Liew ke dua kejohanan siri super terakhir musim ini iaitu Terbuka China dan Hong Kong, bulan depan.

Pengurus Besarnya Kenny Goh berkata belum ada sebarang keputusan terhadap penyertaan Daren iaitu pemain perseorangan ketiga negara atau mana-mana pemain untuk kejohanan akan datang.

"Keputusan penyertaan mana-mana pemain hanya dibuat selepas proses post-mortem dijalankan apabila pemain dan jurulatih kembali daripada mana-mana kejohanan," katanya dalam kenyataan di sini.

Laporan media hari ini menyebut Daren mungkin tidak dihantar ke kejohanan Terbuka China (12-17 November) dan Hong Kong (19-24 November) walaupun namanya tersenarai selepas tersingkir di pusingan awal Terbuka Denmark dari 15-20 Oktober dan Terbuka Perancis yang berakhir Ahad ini.

Pada pusingan pertama Terbuka Perancis, Selasa lepas, Daren, 26, kalah kepada pemain veteran dari Thailand, Boonsak Ponsana dengan keputusan 21-15, 15-21, 19-21.

Pada Terbuka Denmark, beliau menarik diri pada perlawanan pusingan pertama menentang pemain India, P. Kashyap kerana kakinya bengkak. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan