Chong Wei Jumpa Chen Long Pada Final Terbuka Denmark

Diterbitkan: Ahad, 20 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran keenam tahun ini apabila layak ke final pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark.

Chong Wei, selaku juara bertahan, bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk mengalahkan pemain China, Du Penyu dengan keputusan 20-22, 21-6 dan 21-15 pada perlawanan separuh akhir, Sabtu.

Menurut laman kejohanan www.badmintondenmark.com, Chong Wei, 30, akan menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China, Ahad ini.

Chen Long menempah slot final apabila dengan mudah menyingkirkan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-18 dan 21-13 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Untuk rekod, Chong Wei meraih lima gelaran tahun ini iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia dan Terbuka Jepun.

Sebelum ini, beregu emas negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tersingkir daripada kejohanan bernilai US$400,000 (RM1.262 juta) itu apabila kalah kepada gandingan baharu Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong dalam perlawanan suku akhir, Jumaat. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan