Chong Wei Jumpa Du Pengyu Separuh Akhir Terbuka Denmark

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bertemu Du Pengyu pada separuh akhir Terbuka Denmark di Odense pada Sabtu (awal Ahad di Malaysia).

Dalam saingan suku akhir, Chong Wei menerima tamparan awal apabila dikejutkan oleh pemain tuan rumah, Jan O Jorgensen pada set pertama 8-21.

Bagaimanapun jaguh badminton negara itu bangkit pada set seterusnya mengetepikan Jorgensen 21-18 dan 21-5 dalam 49 minit, demikian menurut laman web kejohanan tersebut,www.badmintondenmark.com.

Pemain nombor tiga dunia, Du Pengyu menewaskan Gurusaidutt R. M. V. dari India dalam straight set 21-11 dan 21-19 untuk mara ke separuh akhir.

Beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal ke separuh akhir selepas kalah kepada Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan 15-21 dan 12-21. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan