Nicol Mara Ke Akhir Terbuka AS, Wee Wern Terkeluar

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara dunia tujuh kali Datuk Nicol Ann David mara ke pertandingan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat untuk mempertahankan kejuaraannya pada kejohanan itu.

Pada perlawanan peringkat separuh akhir di Drexel University di Philadelphia pada Khamis, Nicol mengalahkan Joelle King dari New Zealand 14-12, 11-4 dan 11-6 dalam masa 38 minit.

"Saya bersyukur dapat sekali lagi mara ke peringkat akhir, saya akan rehat dan fokus mengenai apa yang perlu saya lakukan dan buat yang terbaik," katanya yang dipetik laman web rasmi kejohanan itu www.usopensquash.com.

Pada set pertama, Nicol perlu bekerja keras apabila Joelle berjaya menyamakan kedudukan 8-8 sebelum mendahului 10-9 berikutan beberapa kesilapan oleh Nicol.

Pada perlawanan akhir, Nicol akan bertemu pemain pilihan kedua dan nombor dua dunia Laura Massaro.

Laura menempah tempat ke peringkat akhir selepas mengalahkan pemain nombor dua Malaysia, Low Wee Wern dalam perlawanan sengit lima set yang mengambil masa satu jam 26 minit.

Laura memenangi perlawanan itu 11-6, 9-11, 11-6, 9-11 dan 11-7.

Perlawanan akhir kategori wanita Terbuka AS akan diadakan pada 7 petang Jumaat (7 pagi Sabtu waktu Malaysia). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan