Malaysia Tuan Rumah Siri Super Masters Akhir 2013

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2013 dari 11 hingga 15 Disember ini, menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Ahad.

Setiausaha Agungnya Thomas Lund berkata lapan individu atau beregu terbaik dunia dalam kategori masing-masing akan bersaing dalam kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah wang tunai US$500,000 (RM1.57 juta).

Kategori yang dipertandingkan ialah perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran.

"Kami menjangka perlawanan akhir yang hebat di Malaysia dan tidak sabar untuk melihat pemain terbaik Siri Super menampilkan aksi terbaik masing-masing.

"Kami kini di separuh kedua Siri Super dan masih banyak perhitungan siapakah akan layak ke pusingan akhir," kata Lund satu dalam kenyataan.

Siri Super merangkumi 12 kejohanan itu disambung semula bulan lepas dengan China Masters diikuti Terbuka Jepun dan minggu ini siri itu akan beralih ke benua Eropah dengan Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.

Dua kejohanan terakhir siri itu akan diadakan bulan depan iaitu Terbuka China dan Terbuka Hong Kong.

Malaysia menjadi tuan rumah Siri Super Masters Akhir itu di Kuala Lumpur pada 2009.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Siri Super Masters , BWF , Thomas Lund

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan