Federer Masih Mampu Catat Kejuaraan - Becker

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Boris Becker
Boris Becker

BORIS Becker yakin Roger Federer masih mempunyai semangat dan motivasi untuk kembali ke kedudukan teratas.

Bekas pemain no.1 dunia kelahiran Jerman itu yang meraih enam gelaran Grand Slam begitu yakin satu hari nanti Federer masih mampu memenangi kejuaraan utama walaupun telah memecat jurulatih, Paul Annacone selepas melalui musim teruk tahun ini.

"Dia telah memecat Paul tetapi keputusan itu membayangkan Roger masih mempunyai semangat besar.

"Dia lebih tahu daripada orang lain yang dia adalah seorang pemain hebat sehingga sekarang.

"Saya tidak nampak dia sebagai pemain No.1, tetapi dia masih lagi bagus dan pantas," jelas Becker.

Becker turut menambah bahawa Federer berpeluang untuk kembali ke landasan sebenar pada aksi Jelajah Akhir ATP Dunia di London.

Federer kini berada di ranking ke-7 dunia dan bakal mengharungi Swiss Indoor di Basel minggu depan yang menyaksikan dia memenangi trofi kejohanan ini sebanyak lima kali sepanjang kariernya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan