Nicol Rampas Kembali Kejuaraan Terbuka Carol Weymuller

Diterbitkan: Isnin, 7 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meraih kejuaraan kedua bagi musim 2013 apabila berjaya merampas semula kejuaraan Terbuka Carol Weymuller.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Heights Casino, Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, pemain berusia 30 tahun itu mudah menundukkan pemain Perancis, Camille Serme dengan 12-10, 11-2 dan 11-5.

Ini kali kedua Nicol menjuarai kejohanan itu. Kali pertama pada 2005.

Pada 2012, Nicol disingkirkan oleh pemain England, Alison Waters di peringkat suku akhir.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini selepas sekian lama," katanya dipetik oleh laman sesawang skuasy www.squashsite.co.uk. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan