Nicol Hampir Juarai Terbuka Carol Weymuller

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David hanya selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan sulungnya pada Terbuka Carol Weymuller.

Pada peringkat separuh akhir di Heights Casino di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat hari ini, beliau mudah mengalahkan pemain pilihan ketiga dari Mesir, Raneem El Weleily 11-8, 11-7 dan 11-4.

"Bagus dapat mengalahkan Raneem 3-0. Tepat pada masanya dan saya mahu membawa kejayaan ini hingga ke final esok," katanya seperti yang dipetik pada laman web kejohanan www.squashsite.co.uk.

Nicol bagaimanapun dijangka menghadapi perlawanan sukar apabila bertemu Camille Serme dari Peransis nanti yang mengalahkan pilihan kedua Laura Massaro dari England 12-10, 11-6 dan 11-4 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Beliau tidak pernah memenangi kejohanan apabila kalah di peringkat separuh akhir pada 2009 dan suku akhir tahun lalu.

Nicol tidak mengambil bahagian pada 2010 dan 2011. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan