Rashid Sidek Kembali Semula Tugas Jurulatih Dengan BAM Mulai Selasa

Diterbitkan: Isnin, 30 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rashid Sidek. Foto BERNAMA
Rashid Sidek. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Rashid Sidek akan kembali menyambung semula tugas sebagai jurulatih dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mulai Selasa.

Ini berikutan keputusannya untuk menarik balik peletakkan jawatan jurulatih perseorangan negara yang dibuat pada 19 September lepas.

Pengurus Besar BAM, Kenny Goh dalam kenyataan pada Isnin berkata, pihak pengurusan BAM telah menerima keputusan Rashid.

Rashid, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996, menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM dengan alasan Pengarah Talent Management Group Tan Aik Mong ingin merombak struktur latihan skuad kebangsaan.

Rabu lepas, Aik Mong, yang memulakan tugas pada 7 Sept lepas, meletak jawatannya selepas tidak puas hati dengan keputusan BAM kembali semula ke struktur asal sistem kejurulatihan.

Dalam kenyataan berasingan, Goh berkata BAM akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Badminton Korea, Rabu ini, dengan tujuan meningkatkan kerjasama antara dua persatuan itu.

Mengikut perjanjian itu, beberapa program pertukaran akan diadakan seperti latihan bersama antara pemain junior dan juga perlawanan persahabatan.

Goh berkata, jurulatih kedua-dua persatuan itu juga akan bertukar-tukar idea dan pengetahuan dalam bidang sains sukan di samping merancang mengadakan kejohanan liga pada masa depan melibatkan pemain daripada kedua-dua negara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan