Juara ATP Malaysia Edisi Kelima Milik Sousau

Diterbitkan: Ahad, 29 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz (kanan) menyampaikan piala dan replika cek kepada juara kejohanan Joao Sousa dari Portugal pada perlawanan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Ahad. Foto BERNAMA
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz (kanan) menyampaikan piala dan replika cek kepada juara kejohanan Joao Sousa dari Portugal pada perlawanan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Ahad. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penampilan kedua Julien Benneteau pada aksi Kejohanan Tenis Terbuka ATP Malaysia 2013 menyaksikan pemain Perancis ini sekali lagi gagal meraih trofi kejuaraan selepas ditewaskan pemain muda Portugal, Joao Sousa 2-6 7-5 6-4 pada aksi final di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.

Tampil sebagai pemain nombor satu Portugal, Sousa mempamerkan aksi tenang dan bertenaga menewaskan pemain pilihan kelima kejohanan ini biarpun diberi tentangan sengit oleh Benneteau.

Lebih menarik bagi Sousa, kejayaan di Kuala Lumpur ini adalah trofi sulung dalam karier ATP sejak menjadi pemain profesional pada tahun 2005 di bawah bimbingan bekas pemain, Fredirico Marques.

Biarpun tewas pada set pertama, Sousa bangkit menunjukkan permainan lebih selesa dengan melakukan hantaran kencang sekaligus memberi tekanan kepada Benneteau sebelum memastikan set kedua ini menjadi miliknya.

Permainan pada set penentuan lebih sengit walaupun Sousa mendahului 4-2, namun Benneteau tidak mudah mengaku kalah dengan terus mengasak pemain di ranking ke-77 dunia itu hingga ke mata terakhir dalam tempoh 2 jam 18 minit.

Dengan kemenangan ini, Sousa meraih wang tunai bernilai AS$158,000 (RM509,945) bersama trofi, manakala Benneteau meraih wang tunai sebanyak AS$83240 (RM268,657).

"Saya sangat berbangga dengan kejayaan ini dan ia sangat penting buat diri saya. Terima kasih kepada keluarga, jurulatih dan semua penyokong.

"Ia merupakan impian saya untuk bergelar juara, dan ia berlaku di sini. Saya juga bersimpati kepada Bennetaeu kerana gagal sekali lagi pada aksi akhir," jelasnya selepas perlawanan.

Sementara itu Benneteau yang kelihatan begitu kecewa pada sidang media, mengakui tuah tidak berpihak kepada dirinya biarpun telah melakukan yang terbaik.

"Secara taktiknya, saya telah mencuba segalanya, tetapi lebih kuat. Saya tidak melakukan banyak kesalahan, tetapi Sousa menggunakan pelbagai jenis pukulan untuk menewaskan saya.

"Pun begitu saya akan datang lagi untuk beraksi di sini," jelasnya.

Sebagai rekod, Benneteau gagal meraih sebarang trofi walaupun sembilan kali mara ke final sepanjang kariernya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan