Khairy Saran Rashid Kembali Ke BAM

Diterbitkan: Jumaat, 27 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairy (dua, kanan) mencuba alat BTL High Intensity Laser Therapy untuk menghilangkan kesakitan otot ketika melawat bilik pameran selepas merasmikan Kongres Persekutuan Perubatan Sukan Asia ke-13 di Kuala Lumpur, Khamis. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz (tiga, kanan). Foto BERNAMA
Khairy (dua, kanan) mencuba alat BTL High Intensity Laser Therapy untuk menghilangkan kesakitan otot ketika melawat bilik pameran selepas merasmikan Kongres Persekutuan Perubatan Sukan Asia ke-13 di Kuala Lumpur, Khamis. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz (tiga, kanan). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta Rashid Sidek menimbangkan keputusannya meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menyifatkan isu itu sudah selesai, beliau berkata Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff memaklumkan kepadanya bahawa badan induk itu menerima penjelasan Rashid dan seorang lagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seuy Bock berhubung laporan kedua-dua mereka mengikat kontrak bersama Liga Badminton India (IBL).

"Ini hanya salah faham...Rashid perlu masa untuk memikirkan dan saya harap Rashid akan kembali ke BAM kerana beliau sangat serasi dengan Datuk Lee Chong Wei (jaguh badminton negara)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Persekutuan Perubatan Sukan Asia ke-13 di sini Khamis.

Khamis lepas, Rashid membuat keputusan meletak jawatan dalam BAM gara-gara tidak berpuas hati dengan perubahan yang dibuat oleh Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Tan Aik Mong terutama dalam sistem kejurulatihan.

Mengulas isu peletakan jawatan Aik Mong dua hari lepas, Khairy berkata, beliau difahamkan keputusan yang dibuat bekas pemain negara itu adalah kerana tidak mahu terus terlibat dengan kontroversi dan polemik berhubung sistem kejurulatihan BAM.

Aik Mong, 63, yang merupakan bekas pemain kebangsaan era 70-an, membuat keputusan meletak jawatan sebagai TMG, dipercayai mempunyai kaitan dengan langkah BAM mengembalikan sistem lama.

"Tengku Mahaleel beritahu saya bahawa beliau membuat perancangan baru dalam sistem kejurulatihan. Aik Mong sebenarnya membantu pada awalnya secara sukarela dan disebabkan tidak mahu terlibat dengan kontroversi itu, beliau (Aik Mong) setuju untuk berundur," kata Khairy.

Khairy berkata, beliau menyokong perubahan yang dibuat oleh BAM dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang andaian negatif.

"Perkara ini sudah selesai, semua orang mahu BAM melahirkan pengganti Chong Wei. Apa yang cuba Tengku Mahaleel dan Aik Mong buat adalah untuk memembentuk struktur kejurulatihan yang baru," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Rashid Sidek , BAM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan