ATP Malaysia: Sousa, Melzer Dan Benneteau Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Julien Benneteau. Foto S.S KANESAN / THE STAR
Julien Benneteau. Foto S.S KANESAN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu Portugal, Joao Sousa meraih tiket ke suku akhir selepas menumpaskan Pablo Cuevas secara rubber set, 4-6 7-5 6-0 pada aksi kedua Tenis Terbuka ATP Malaysia pada Khamis.

Tewas pada set pertama, Sousa,24, bangkit mempamerkan permainan lebih agresif biarpun ketinggalan tiga mata di belakang Cuevas.

Hantaran kencang ke baseline sedikit mengelirukan Cuevas yang kelihatan sedikit perlahan pada set kedua ini.

Pada set ketiga, Sousa tanpa sebarang masalah mencatat mata 6-0.

"Satu perlawanan yang sangat sengit dan dia bermain dengan baik pada set pertama. Saya juga berpuas hati dengan corak permainan hari ini (Khamis) dan gembira memenangi perlawanan ini.

"Pada set ketiga, Pablo mengalami kecederaan lutut dan saya harap dia akan cepat sembuh kerana dia seorang pesaing yang kuat," jelasnya selepas perlawanan.

Selepas ini Sousa bakal bertemu dengan pemain pilihan pertama kejohanan dari Sepanyol, David Ferrer.

"Saya berharap akan bermain lebih baik lagi pada aksi suku akhir nanti," jelas pemain yang kini berada di ranking ke-77 dunia ini.

Sementara itu satu lagi aksi pusingan kedua sebelum ini menyaksikan Jurgen Melzer dari Austria turut menempah tempat ke suku akhir dengan mengetepikan pencabar dari Jerman, Mischa Zverev 7-5 6-4.

Menunggu Melzer pada pusingan seterusnya ialah pemain dari Argentina, Federico Delbonis.

Manakala naib juara 2012, Julien Benneteau juga menempah slot suku akhir selepas menang mudah ke atas pemain Sepanyol, Pablo Andujar 7-6 6-2.

Benneteau selaku pemain pilihan kelima bakal berdepan dengan pemain dari Perancis, Adrian Mannarino pada Jumaat.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan