ATP Malaysia: Berlocq Tewas Pusingan Pertama Kali Kedua

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Carlos Berlocq dari Argentina sekali lagi tewas pada aksi pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka ATP Malaysia, 7-6 6-3 kepada pemain dari Cyprus, Marcos Baghdatis, Rabu.

Tampil kali kedua bermain di Kuala Lumpur, Berlocq turut tersingkir pada aksi yang sama tahun lalu.

Menduduki ranking ke-45 dunia, Berlocq,30, mempamerkan aksi kejar mengejar pada set pertama, namun keputusan berpihak kepada Baghdatis.

Pada set kedua, pukulan kencang yang dipamerkan Baghdatis memberi kelebihan kepadanya untuk mengutip kemenangan straight set pada pusingan awal ini.

Finalis edisi 2011 ini meninggalkan lawan tiga mata untuk menempah tiket ke pusingan kedua bertemu pemain dari Switzerland, Stanislas Wawrinka pada Khamis.

"Permainan yang sengit dan mantap. Untuk Perlawanan kedua esok (Khamis), saya cuba melakukan yang terbaik untuk menang.

"Dan akan cuba mencari jalan menewaskan Wawrinka," jelasnya selepas perlawanan.

Sementara itu, satu lagi aksi pusingan pertama menyaksikan pemain Portugal Joao Sousa mengetepikan pemain wild card dari Amerika Syarikat, Ryan Harrison 6-3 6-2.

Sousa bakal bertemu dengan pemain Pablo Cuevas pada aksi seterusnya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan