Rashid Pertimbang Kembali Sertai BAM

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rashid Sidek.
Rashid Sidek.

PETALING JAYA: Jurulatih badminton perseorangan negara, Rashid Sidek dijangka membuat pertimbangan semula untuk kembali bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bekas juara Piala Thomas itu menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai jurulatih perseorangan lelaki negara pada 19 September kerana tidak selesa dengan suasana kerja di BAM.

Situasi bertambah buruk apabila Presiden BAM, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff mendakwa Rashid melanggar kontrak dengan menandatangani kontrak dengan sebuah pasukan kelab di India, Delhi Smashers.

Difahamkan BAM mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rashid.

Namun Tengku Mahaleel berlembut dengan pendiriannya selepas pertemuan selama enam jam bersama dengan jurulatih kebangsaan yang lain pada Isnin.

Beliau turut mengumumkan Projek Menang-Menang.

Dibawah program itu, kini terdapat satu skuad kebangsaan dengan semua jurulatih kembali ke jawatan asal.

Rashid, 45, kelihatan ceria, berbual dan bergurau dengan jurulatih kebangsaan yang lain - Tey Seu Bock, Rosman Razak dan Hendrawan – di Stadium Juara pada Selasa.

"Kembali ke BAM sebagai seorang jurulatih masih satu pilihan terbuka bagi saya dan saya mungkin mempertimbangkannya.

"Berkhidmat selama 10 tahun, memang saya berasa sedih untuk berpisah. Jika terdapat kemungkinan saya kembali, saya akan mempertimbangkannya.

"Saya tidak berminat dengan politik. Melatih pemain adalah jiwa dan raga saya.

"Tetapi BAM perlu membuat keputusan mereka terlebih dahulu. Setakat ini, masih tiada rancangan untuk saya bertemu mereka.

"Hari ini saya berada di sini untuk bertemu dengan jurulatih yang lain dan mendapatkan beberapa input daripada mereka.

"Daripada apa yang saya boleh lihat, sekurang-kurangnya jurulatih gembira dan mampu tersenyum serta Projek Menang-Menang ini lebih jelas dari segi objektif dan peranan jurulatih ," kata Rashid.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan