Barang Hilang, BAM Tingkatkan Kawalan Di Stadium Juara Bukit Kiara

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memperketatkan kawalan keselamatan di Stadium Juara, Bukit Kiara, berikutan kehilangan barangan persatuan itu.

Berikutan langkah tersebut, pelawat kini perlu mendaftar sebelum masuk ke stadium berkenaan iaitu tempat pemain elit dan pelapis kebangsaan menjalani latihan, menurut pengurusan BAM dalam kenyataan di sini Rabu.

"Baru-baru ini berlaku pelanggaran keselamatan di stadium di mana peralatan telah hilang. BAM perlu memperbetulkan insiden keselamatan yang serius ini," katanya.

Peraturan baharu itu juga mengehadkan media untuk menemubual jurulatih dan pemain di stadium berkenaan berbanding sebelum ini di mana wartawan bebas membuat liputan setiap hari.

Media hanya dibenarkan membuat liputan pada Isnin, Rabu dan Jumaat iaitu bermula pada 9 pagi hingga 12 tengah hari. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: BAM , Stadium Juara , Bukit Kiara

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan