BAM Terima Peletakan Jawatan Aik Mong

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima peletakan jawatan Tan Aik Mong sebagai Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) badan induk itu.

Menganggap isu itu selesai, Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata peletakan jawatan Aik Mong itu berkuat kuasa serta-merta.

Katanya beliau dan Naib Presiden BAM Dr Koay Bang Hin akan mengambil alih jawatan TMG itu buat masa ini manakala bekas pemain beregu negara Razif Sidek dan Tan Kim Her kekal sebagai penilai bebas jurulatih dan pasukan kebangsaan.

"Kes Aik Mong sudah ditutup, semua yang hadir mesyuarat bersetuju...tidak akan ada lagi kenyataan (selepas ini)," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Stadium Juara Bukit Kiara di sini Rabu.

Aik Mong, 63, yang merupakan bekas pemain kebangsaan era 70-an, membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai TMG semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan langkah BAM mengembalikan sistem lama.

Aik Mong yang baru sahaja menjalankan tugasnya bermula 7 Sept lepas, sepatutnya mengikat kontrak bersama BAM selama lima tahun.

Bekas jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek pada Khamis lepas, membuat keputusan meletakkan jawatannya dalam BAM gara-gara tidak berpuas hati dengan perubahan yang dibuat oleh Aik Mong terutama dalam sistem kejurulatihan.

Dalam pada itu, Tengku Mahaleel berkata Rashid dijangka menyerahkan surat dan penjelasan petang ini berhubung laporan beliau mengikat kontrak bersama Liga Badminton India (IBL).

"Tey Sieu Bock (jurulatih perseorangan lelaki) telah mengemukakan surat penjelasannya dan kami terima. Kes ini ditutup," katanya.

Semalam, Rashid dipetik sebagai berkata beliau sedia menarik semula tindakannya itu, sambil mengakui keputusan BAM untuk merombak kembali sistem kejurulatihan kepada asalm merupakan langkah positif serta perkembangan baik untuk sukan badminton negara.

Menurut Rashid, Projek Menang-Menang yang diumumkan Tengku Mahaleel dua hari lepas, lebih jelas berbanding tindakan Aik Mong membuat keputusan membahagikan pemain kebangsaan kepada tiga kumpulan iaitu A (elit), B (pelapis) dan C (Sekolah Sukan Bukit Jalil). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: BAM , Tan Aik Mong , TMG , Dr Koay Bang Hin

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan