Aik Mong Letak Jawatan Pengarah TMG

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Aik Mong
Tan Aik Mong

KUALA LUMPUR: Kemelut yang dihadapi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus meruncing apabila bekas jaguh badminton negara, Tan Aik Mong meletak jawatan sebagai pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) pada Selasa.

Keputusan itu dibuat enam hari selepas jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid mendedahkan beliau tidak dapat bekerjasama di bawah Aik Mong kerana merasakan kredibilitinya sebagai jurulatih diperkecilkan.

Aik Mong, 63, berkata keputusan untuk meletak jawatan dibuat berkaitan perubahan yang berlaku dalam struktur kejurulatihan pada Isnin.

Beliau mengasingkan skuad kebangsaan kepada tiga kumpulan - Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C serta merombak kesemua jurulatih sehingga membawa kepada peletakan jawatan Rashid.

Pada Isnin, Presiden BAM, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff bertemu dengan kesemua jurulatih kebangsaan dan mengumumkan bahawa struktur kejurulatihan kembali ke keadaan asal dan terdapat satu skuad kebangsaan.

"Saya dihubungi oleh Tengku Mahaleel untuk membantunya dalam melaksanakan perubahan baru dan merancang untuk meningkatkan mutu sukan badminton negara.

"Namun, perubahan dan rancangan kini telah kembali kepada struktur latihan asal yang telah digunakan sebelum ini, penglibatan saya tidak diperlukan lagi," katanya.

Ketika didesak untuk mengulas lebih lanjut, beliau berkata: "Tengku Mahaleel tahu mengenai keputusan saya. Itu apa yang boleh saya katakan buat masa ini."

Tags / Kata Kunci: BAM , Tan Aik Mong , TMG , Dr Koay Bang Hin

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan