Khairy Nasihatkan BAM Selesaikan Dengan Baik Perbalahan Dengan Rashid

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) supaya menyelesaikan secara baik perbalahannya dengan jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek.

Beliau berharap BAM tetap mengambil kira jasa dan sumbangan besar Rashid kepada negara sebelum mengenakan sebarang tindakan terhadapnya.

"Saya harap walau apapun pertimbangan daripada BAM, walau apapun hasil siasatan mereka (BAM), tak perlulah kenakan tindakan atau hukuman yang berat kepada Rashid," katanya selepas majlis perjumpaan dengan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia, di Dewan Malaysia Jakarta di sini, Isnin.

Khairy diminta mengulas kontroversi berikutan berita peletakan jawatan Rashid, 45, dengan notis sebulan, sebagai jurulatih perseorangan negara bersama BAM.

Rashid dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Liga Badminton India (IBL) sejak Jun lalu.

Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff baru-baru ini berkata bahawa Rashid, yang menandatangani kontrak bersama kelab Delhi Smashers di India, masih lagi mempunyai kontrak bersama BAM sehingga Disember tahun depan.

Tengku Mahaleel berkata beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Rashid jika laporan The Times of India pada 19 Julai lalu itu adalah benar.

Ketika diminta mengulas kritikan terbuka Rashid terhadap BAM bahawa kepimpinan baharu BAM melayan jurulatih kebangsaan seperti "pekerja kelas bawahan", Khairy berkata perkara itu merupakan pandangan peribadi Rashid.

Menteri itu berkata jika berkesempatan, beliau berhasrat bertemu dengan Rashid untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu, selain bertemu kedua-dua pihak yang bertelagah.

"Tetapi nampak gaya Rashid mahu keluar dari BAM dan menerokai jalan dia sendiri. BAM pun tidak berhasrat untuk hentikan rancangan Rashid. Jadi kalau ada perpisahan sekalipun biarlah perpisahan yang baik antara kedua-dua belah pihak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan