Chong Wei Hampiri Kejuaraan Badminton Terbuka Jepun Buat Kali Keempat

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong semakin menghampiri kejuaraan Kejohanan Terbuka Jepun buat kali keempat selepas berjaya menempah slot ke final.

Pada saingan separuh akhir di Tokyo Metropolitan Gymnasium pada Sabtu, pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia itu hanya memerlukan 29 minit untuk menundukkan wakil Vietnam Nguyen Tien Minh, 21-10 dan 21-5.

Chong Wei, 31, yang juga pemain pilihan utama kejohanan bakal berhadapan dengan pemain tuan rumah, Kenichi Tago pada aksi final esok, demikian menurut laman web kejohanan; www.yonexopenjp.com.

Tago yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan mara selepas menumpaskan pemain muda China, Gao Huan 21-12 dan 21-12 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Beberapa wakil negara sebelum ini terkandas seawal pusingan pertama dan kedua kejohanan sekali gus menyaksikan Chong Wei menjadi pemain tunggal yang terus mengibarkan cabaran negara pada kejohanan itu.

Untuk rekod, Chong Wei memenangi Terbuka Jepun sebanyak tiga kali iaitu pada 2007, 2010 dan 2012.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara beregu lelaki serta perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan Siri Super yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$200,000 (RM646,754). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan