Keputusan Saya Letak Jawatan Muktamad - Rashid Sidek

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rashid Sidek.
Rashid Sidek.

KUALA LUMPUR: "Saya meletak jawatan sebab tidak selesa dengan suasana kerja saya sekarang dan tidak 'enjoy'," jelas ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek.

Mengulas mengenai peletakan jawatannya pada Khamis, Rashid mengakui sejak pentadbiran baru, kerja-kerjanya terganggu.

"Segala kerja saya dipantau. Mereka macam tidak percaya dengan apa yang saya lakukan.

"Mungkin apa yang mereka lakukan itu bagi memastikan latihan yang lebih berkualiti," jelasnya kepada media selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong pada Jumaat.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff menjelaskan perletakan Rashid Sidek bukanlah satu kehilangan besar ketika sidang media diadakan di BAM, Bukit Kiara.

Mengulas mengenai kenyataan tersebut Rashid berkata: "Saya tidak kisah apa yang dikatakan, keputusan saya adalah tetap.

"Sebelum membuat keputusan ini saya ada membuat perbincangan dengan jurulatih-jurulatih lain serta ahli keluarga.

"Keluarga saya bersetuju dengan keputusan saya ini. Mereka 'ok'," katanya.

Sementara itu, BAM juga seperti tidak menerima perletakan Rashid disebab mahu menyiasat penglibatannya dalam Liga Badminton India (IBL) yang berlangsung Ogos lalu.

"Saya tahu apa yang saya buat. Terpulang kepada mereka untuk bercakap apa sahaja. Selama sepuluh tahun saya bersama BAM, saya tidak pernah ada masalah.

"Tidak perlu mengungkit benda-benda kecil kerana saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya keluar dengan cara yang baik.

"Namun secara jujurnya sedikit-sebanyak perasaan sedih itu ada, tetapi nak buat macam mana, keputusan dah dibuat. Selepas ini saya berehat seketika, belum ada apa-apa perancangan lagi," jelasnya.

Dalam pada itu, Rashid mengelak untuk memberitahu perkara yang dibincangkan dengan Zolkples.

"Bercakap perkara biasa, mengenai latihan dan sebagainya. Beliau hanya mendengar," katanya.

Rashid menyerahkan surat perletakan jawatan dengan notis sebulan di pejabat BAM pada Khamis.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan