Chong Wei Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka Jepun

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak menghadapi masalah besar untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun.

Pada saingan pusingan pertama di Tokyo Metropolitan Gymnasium pada Rabu, pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia yang merupakan pilihan utama kejohanan itu mudah menundukkan wakil Taiwan, Jen Hao Hsu 21-15 dan 21-9.

Menanti beliau pada pusingan kedua esok ialah pemain pusingan kelayakan dari India, Anand Pawar yang mengejutkan pemain veteran Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dalam aksi tiga set, 21-17, 7-21 dan 21-18.

Turut mara ke pusingan kedua ialah pasangan adik-beradik, Ng Hui Lin dan Ng Hui Ern yang mengalahkan beregu Korea Selatan, Cho Hee Kim dan So Young Park dengan 21-17, 21-17 dalam acara beregu wanita.

Mereka dijadual menentang pilihan kedua kejohanan, Misaki Matsutomo dan Ayaka Takahashi yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama.

Beregu campuran kelima dunia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying turut menempah slot ke pusingan kedua selepas menumpaskan beregu dari Thailand, Pakkawat Vilailak dan Kunchala Voravichitchaikul dengan 21-18 dan 21-17.

Menanti mereka pada pusingan kedua ialah pasangan dari China, Cheng Liu dan Bao Yixin yang menewaskan beregu tuan rumah, Katsunori Ito dan Yui Miyauchi, 21-10 dan 21-16.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara beregu lelaki dan perseorangan wanita pada kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$200,000 (RM646,754). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan