Misi Balas Dendam Nicol Terhadap Raneem

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB 2013 akan menyaksikan ulangan final edisi tahun lepas apabila pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David menentang juara bertahan Raneem El Weleily pada Ahad.

Perlawanan akhir acara wanita itu sudah pasti menarik dan dianggap misi membalas dendam setelah bintang muda Mesir itu mengejutkan Nicol 3-1 dalam masa 36 minit tahun lepas.

Raneem, 24, menjadi wanita Mesir pertama menjuarai Terbuka Malaysia sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1975 manakala Nicol sudah tujuh kali muncul juara sejak 2005.

Pada saingan separuh akhir di pusat membeli-belah 'The Curve', Mutiara Damansara, di sini hari ini, Nicol menghampiri misi memburu kejuaraan kelapan apabila mengalahkan pemain Perancis, Camille Serme.

Nicol hanya memerlukan masa 42 minit untuk menempah tiket ke final dengan kemenangan straight set 12-10, 11-7 dan 11-6.

Bagaimanapun, Raneem terpaksa bertarung dalam lima set selama 78 minit sebelum menyingkirkan pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England, dengan keputusan 8-11, 11-9, 12-10, 10-12 dan 11-9.

Mengenai pertemuan di pentas final dengan lawan yang sama, Nicol, 30, berkata beliau perlu memastikan rehat yang cukup dan akan melakukan yang terbaik untuk menjuarai gelaran itu.

Dalam pada itu, Raneem, pemain nombor tiga dunia, menyifatkan pertemuan dengan Laura merupakan perlawanan yang terbaik bagi dirinya.

"Saya gembira untuk mara ke final dan perlu lebih banyak masa untuk pulih semula," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan