Baker Ranap Impian Hafiizwan Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Impian pemain nombor dua negara Mohd Hafiizwan Adnan untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2013 tidak menjadi kenyataan.

Pada saingan suku akhir di pusat membeli-belah 'The Curve' di Mutiara Damansara di sini hari ini, Mohd Nafiizwan, 27, kalah kepada pemain pilihan pilihan kedua kejohanan, Peter Baker dari England.

Dalam pertarungan selama 65 minit itu, Baker, yang juga pemain nombor tujuh dunia, mencatatkan kemenangan 11-8, 11-0, 7-11 dan 11-2.

"Saya rasa tertekan dan kecewa dengan permainan saya hari ini," kata Mohd Nafiizwan yang menganggap kejohanan ini sebagai persediaan baik bagi menghadapi Kejohanan Terbuka Dunia di Manchester, England dari 28 Oktober hingga 3 November ini.

Sebelum ke Manchester, beliau akan mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan termasuk edisi kedua Terbuka Royal Lake Club di sini dari 9 hingga 12 Oktober ini dan Terbuka Macau pada 17 hingga 20 Oktober ini.

Sementara itu, Baker akan menentang pilihan ketiga Borja Golan dari Sepanyol pada saingan separuh akhir esok.

Golan, pemain nombor sembilan dunia, mara ke separuh akhir selepas bertarung selama sejam 44 minit sebelum menundukkan pemain Mesir, Karim Abdel Gawad.

Golan melakarkan catatan 8-11, 11-8, 12-10 dan 11-5.

Dalam perlawanan suku akhir wanita, juara bertahan Raneem El Weleily dari Mesir menumpaskan pemain berpengalaman Jenny Duncalf dari England 4-11, 11-4, 11-8 dan 11-5 dalam pertarungan selama 39 minit.

Raneem, yang merupakan pemain nombor tiga dunia, akan menentang pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England pada separuh akhir.

Massaro sebelum itu menempah tiket ke separuh akhir dengan mengatasi pemain New Zealand, Joelle King, 12-15, 11-9, 11-8, 8-11 dan 11-3. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan