Skuasy Terbuka Malaysia: Nicol Jumpa Wee Wern Pada Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CIMB TERBUKA MALAYSIA 2013...Pemain skuasy negara, Datuk Nicol David (kiri) beraksi menentang pemain dari Mesir, Omneya Abdel Kawy pada pusingan kedua Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Malaysia 2013 di Kuala Lumpur pada Khamis. Datuk Nicol David menang dengan keputusan 3-0 dalam tempoh 38 minit. -Foto BERNAMA.
CIMB TERBUKA MALAYSIA 2013...Pemain skuasy negara, Datuk Nicol David (kiri) beraksi menentang pemain dari Mesir, Omneya Abdel Kawy pada pusingan kedua Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Malaysia 2013 di Kuala Lumpur pada Khamis. Datuk Nicol David menang dengan keputusan 3-0 dalam tempoh 38 minit. -Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David berada pada landasan tepat untuk memburu gelaran kelapan apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2013 di sini.

Seperti diduga, Nicol tidak menghadapi masalah untuk menyingkirkan pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy 11-5, 12-10 dan 11-5 dalam masa 38 minit pada pertemuan pusingan kedua di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini, Khamis.

Bagaimanapun, ratu skuasy negara itu akan berdepan dengan rakan senegara Low Wee Wern pada pertemuan suku akhir esok.

Sebelum itu, Wee Wern, selaku pemain nombor dua negara, terpaksa bekerja keras untuk menempatkan diri di kelompok suku akhir apabila bertarung selama 73 minit sebelum mengalahkan pilihan kesembilan Kasey Brown.

Wee Wern bangkit selepas kalah 9-11 pada set pembukaan sebelum melancarkan rentak serangan terhadap lawannya dari Australia itu untuk memenangi tiga set berikutnya dengan 11-4, 11-3 dan 11-3.

Pertemuan antara Nicol dan Wee Wern adalah kedua dalam tempoh dua minggu selepas Kejohanan Kebangsaan 2013. "Pertemuan suku akhir ini dalam gelanggang kaca sudah pasti hebat tetapi malangnya ia melibatkan kedua-dua pemain Malaysia," kata Nicol.

Sementara itu, Wee Wern teruja untuk menentang Nicol sekali lagi kerana menurutnya bukan selalu mendapat peluang bermain dengan pemain nombor satu dunia.

"Saya tidak sabar untuk satu lagi pertarungan hebat," kata pemain berusia 27 tahun yang merupakan pilihan keenam kejohanan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan