Tenis Terbuka AS: Gasquet, Nadal Berentap Pada Aksi Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gasquet (kiri) dan Nadal bakal bertemu pada aksi separuh akhir Tenis Terbuka AS awal pagi Jumaat.
Gasquet (kiri) dan Nadal bakal bertemu pada aksi separuh akhir Tenis Terbuka AS awal pagi Jumaat.

PEMAIN tenis Perancis, Richard Gasquet mara ke pusingan separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh enam tahun selepas mengetepikan David Ferrer 6-3 6-1 4-6 2-6 6-3 dalam saingan suku akhir Tenis Terbuka Amerika Syarikat, Khamis.

Gasquet,27, yang beraksi buat kali kedua dalam aksi suku akhir Grand Slam sepanjang kariernya menewaskan pemain Sepanyol itu dalam tempoh 3 jam 23 minit.

"Saya rasa dia sedikit gugup bermain dalam keadaan yang berangin, jadi saya menggunakan peluang itu.

"Walaupun sedikit penat, tetapi saya berpuas hati dengan set terakhir permainan ini. Ia sesuatu yang menakjubkan dan bermakna apabila berjaya mara ke separuh akhir," jelas pemain pilihan ke-9 ini.

Gasquet bakal bertemu pemain pilihan kedua, Rafael Nadal pada aksi seterusnya apabila jaguh Sepanyol itu turut mengetepikan rakan senegara, Tommy Robredo, 6-0 6-2 6-2.

Nadal hanya mengambil masa 1 jam 40 minit untuk menempah tiket ke aksi separuh akhir.

"Saya yakin setakat ini saya telah mempamerkan permainan terbaik di sini.

"Setiap perlawanan semakin baik dan saya teruja mara ke aksi separuh akhir," katanya.

Tags / Kata Kunci: Gasquet , Nadal , Tenis Terbuka AS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan