BAM Bincang Idea Media Pada Mesyuarat Majlis Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan Malaysia kembali sebagai antara gergasi dalam arena badminton dunia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) i mengorak langkah mengadakan sesi percambahan idea dengan melibatkan media sukan tempatan.

Keseriusan badan induk itu menganjurkan sesi berkenaan adalah bagi mendapatkan idea baharu untuk mempertingkatkan prestasi sukan badminton tempatan yang semakin membimbangkan.

Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata informasi pencambahan idea bersama media yang diperoleh itu akan dimasukkan dalam pelan strategik badan induk itu yang akan dibentangkan pada mesyuarat Anggota Majlis BAM, Sabtu ini.

"Kita akan pastikan setiap idea yang diberi diuruskan dengan baik bagi program masa depan sukan badminton negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan forum bertajuk "Apa yang perlu dilakukan untuk membantu Malaysia mengembalikan kedudukan utama dalam sukan badminton' di sini hari ini.

gku Mahaleel berkata, antaranya BAM perlu melihat kepada teknologi yang digunakan oleh negara lain bagi penambahbaikan sistem kejurulatihan negara.

"Reputasi pemain negara tidaklah teruk, cuma kita akui banyak kelemahan dari aspek akar umbi yang perlu diberikan penekanan," katanya ketika membuat rumusan pada forum sehari itu.

tara wakil media tempatan yang menyertai forum tersebut ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Utusan, The Star, Sports 247, Astro Arena serta kumpulan Media Prima iaitu Metro Harian, Berita Harian, News Straits Times dan TV3.

Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong memuji inisiatif yang dilakukan BAM itu kerana menerusi forum tersebut, badan induk itu memperoleh idea baharu untuk merangka program pembangunan sukan itu.

"Wartawan sukan tempatan mempunyai analisis tentang prestasi badminton negara menerusi liputan mereka. Idea yang diberi dapat membantu BAM dalam membuat transformasi. Kita dapat berkongsi pendapat seperti melihat semula kaedah latihan serta penekanan disiplin terhadap pemain.

"Persatuan negeri juga perlu memainkan peranan lebih gigih terutama mewujudkan pertandingan antara kelab yang boleh melahirkan bakat baharu. Penggunaan teknologi untuk latihan juga perlu diambil perhatian," katanya yang merupakan bekas pemain badminton Pulau Pinang pada era 70-an.

Wartawan sukan News Straits Times (NST), K.M. Boopathy pula mencadangkan supaya BAM memberi tumpuan meraih pingat emas Sukan Olimpik dan kejohanan Dunia.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan