Tenis Terbuka AS: Nadal Tewas Set Pertama, Mara Ke Suku Akhir - Raket | mStar

Tenis Terbuka AS: Nadal Tewas Set Pertama, Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nadal teruja selepas memenangi pusingan keempat  Tenis Terbuka AS, Selasa.
Nadal teruja selepas memenangi pusingan keempat Tenis Terbuka AS, Selasa.

BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal tewas set pertama buat kali pertama musim ini ketika perlawanan pusingan keempat bertemu pemain Jerman Philipp Kohlschreiber pada aksi Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat awal pagi Selasa.

Namun pemian no.2 dunia itu bangkit memenangi tiga set 6-7(4) 6-4 6-3 6-1 sekaligus menempah tiket ke pusingan suku akhir.

Juara Terbuka AS 2010 ini bakal menentang Tommy Robredo yang melakukan kejutan dengan mengetepikan Roger Federer pada aksi yang sama.

Selepas melalui tempoh sukar apabila mengalami kecederaan lutut tahun lalu, Nadal kembali menemui rentak dengan menjuarai Montreal and Cincinnati sebelum ini.

"Ia satu perlawanan yang sangat, sangat sukar. Lawan saya seorang yang bagus dan saya gembira kerana dapat melalui pusingan ini.

"Secara fizikalnya, perlawanan memang sengit, tetapi dalam masa sama saya selesa dengan cara permainan sendiri," jelasnya.

Nadal berkata, lawannya (Robredo) selepas ini adalah seorang yang 'berbahaya' selepas menewaskan Federer 7-6(3) 6-3 6-4.

"Dengan menewaskan Roger pada kejohanan ini adalah sesuatu yang menakjubkan. Tahap keyakinannya lebih meningkat selepas ini dan saya harap sudah bersedia bertemunya," tambah Nadal.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan