Tenis Terbuka AS: Djokovic, Murray Mara Ke Pusingan Keempat

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Novak Djokovic
Novak Djokovic

PEMAIN no.1 dunia, Novak Djokovic mara ke pusingan keempat dengan menewaskan pemain Portugal, Joao Sousa 6-0 6-2 6-2 pada Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat di Stadium Ashe awal pagi Isnin.

Pemain Serbia berusia 26 tahun ini bakal bertemu pemain di ranking ke-43 dunia Marcel Granoller dari Sepanyol.

Sementara itu pada aksi pusingan ketiga ini juga, menyaksikan juara bertahan, Andy Murray menang bergaya ke atas Florian Mayer dari Jerman 7-6(2) 6-2 6-2.

"Perlawanan yang sangat sengit. Dia seorang pemain yang banyak idea, serta pukulan yang sukar di duga.

"Saya mengambil masa, menemui rentak permainan, dan gembira kerana dapat melalui pusingan ini dengan baik," jelas pemian pilihan ketiga ini.

Murray yang merupakan juara Wimbledon akan berdepan dengan pemain di ranking ke-65 dunia Denis Istyomin dari Uzbekistan selepas ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan