Nicol Rai Hari Lahir Yang Ke-30 Pada Isnin

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nicol dijemput oleh kedua ibubapanya,
Desmond David dan Ann Marie (tengah) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Ahad. Foto: The Star, Charles Mariasoosay
Nicol dijemput oleh kedua ibubapanya, Desmond David dan Ann Marie (tengah) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Ahad. Foto: The Star, Charles Mariasoosay

RATU skuasy negara Datuk Nicol David menyambut kelahirannya yang ke-30 pada Isnin selepas mencipta hatrik apabila meraih gelaran juara buat kali ketiga berturut-turut pada kejohanan Sukan Dunia 2013 di Cali, Colombia awal bulan ini.

Nicol sebelum ini merangkul emas pada kejohanan empat tahun sekali ini di Duisburg, Jerman pada 2005 dan Kaohsiung, Taiwan pada 2009.

Selain menyambut hari kelahirannya, bulan Ogos ini juga turut mencatat pelbagai kenangan manis oleh Nicol, bukan sahaja kejayaan di Cali, malah bulan ini juga merupakan tahun kelapan beliau mengekalkan kedudukan sebagai pemain no.1 dunia.

Biarpun sentiasa dicabar oleh musuh terdekat yang juga juara Terbuka Britain Laura Massaro, Nicol sentiasa mempamerkan aksi yang menakjubkan.

Dalam kesibukan Nicol menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa, pemain kelahiran Pulau Pinang yang kini menetap di Amsterdam turut menjadi orang penting dalam melobi acara skuasy ini dimasukkan pada Sukan Olimpik 2020.

Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Nicol dan ia merupakan kebanggaan buat negara.

Beliau adalah satu-satunya atlet yang kekal cemerlang, konsisten dan sekaligus menjadi ikon negara. Selamat Hari Lahir Yang Ke-30, Nicol!.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan