Badminton Remaja: Terengganu Sasar Raih Juara

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu, selaku tuan rumah, meletakkan sasaran untuk menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan Berpasukan Antara Negeri 2013 yang bermula pada Rabu.

Presiden Persatuan Badminton Terengganu (PBT) Datuk Syed Abu Bakar Abdullah berkata seramai 300 pemain mewakili 13 negeri bersaing pada kejohanan bawah 18 tahun itu.

Beliau berkata pasukan Terengganu di bawah bimbingan jurulatih dari Indonesia telah membuat persiapaan dan persediaan rapi bagi menghadapi kejohanan empat hari itu.

Tahun lepas, Pulau Pinang muncul juara.

"Kita telah membentuk pasukan Terengganu ini sejak tahun lepas dan pemain-pemain telah didedahkan kepada pelbagai kejohanan sebelum ini," katanya.

Menurutnya, kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM8,000 untuk pasukan juara, naib juara RM4,000, tempat ketiga RM2,000 dan RM1,000 untuk tempat keempat.

Sementara itu di KUANTAN, Kejohanan Sirkit Kedua Remaja Pahang akan diadakan di Dewan Persatuan Badminton Pahang selama empat hari bermula 29 Ogos ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pahang, Razak Muda, berkata kategori yang dipertandingkan itu ialah acara perseorangan dan beregu lelaki dan wanita bawah 11, 13, 15, 18 tahun manakala peserta bawah sembilan tahun hanya melibatkan kategori perseorangan lelaki dan wanita sahaja.

Sirkit pertama diadakan dari 16 hingga 19 Mei lepas.

Beliau berkata pemain terbaik daripada dua sirkit itu akan mewakili skuad Pahang pada Kejohanan Antara Negeri, November ini.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan