Dua Pemain Skuasy Kebangsaan Akhiri Zaman Bujang Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua pemain skuasy kebangsaan yang juga adik-beradik, Mohd Nafiizwan Adnan dan abangnya Mohd Nafzahizam, menamatkan zaman bujang mereka secara serentak pada Sabtu.

Mohd Nafiizwan, 27, memilih pelajar perubatan Aufa Dahlia Bahar, 25, dari Melaka sebagai isteri, manakala Mohd Nafzahizam, 28, mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis dari Selangor dikenali sebagai Nor Fahana.

Majlis persandingan mereka berlangsung di Dewan Sivik Taman Perumahan Gong Badak, di sini.

Antara tetamu yang hadir ialah pemain skuasy ke-10 dunia Mohd Azlan Iskandar dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ibni Amin Busu.

Sementara itu, Mohd Nafiizwan yang merupakan pemain ke-30 dunia, berkata beliau akan menyertai kejohanan skuasy tertutup Malaysia yang bermula 31 Ogos hingga 2 September ini.

Beliau yang ditemui Bernama selepas majlis itu turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang hadir menyerikan majlis persandingan beliau dan abangnya itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan