Chong Wei Punya Peluang Cerah Dalam Bidang Politik

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain badminton No.1 dunia Datuk Lee Chong Wei mempunyai semua ciri untuk menjadi ahli politik yang berjaya apabila beliau bersara kelak.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata beliau tidak akan terkejut melihat wira badminton, Datuk Lee Chong Wei terjun dalam bidang politik.

Memetik hubungannya yang rapat dengan tokoh-tokoh politik terkemuka, kemasyhuran dan popularitinya, Khoo melihat Chong Wei sebagai seorang ahli politik berpotensi dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun Ratu skuasy negara difikirkan kurang sesuai.

"Datuk Nicol David juga popular di kalangan rakyat Malaysia tetapi beliau sentiasa di luar negara dan saya tidak melihat beliau akan melibatkan dirinya dalam politik," katanya.

Baru-baru ini, juara tinju heavyweight dunia, Vitali Klitschko mengumumkan rancangan beliau untuk bertanding dalam pilihan raya 2015 Presiden Ukraine menentang presiden semasa, Viktor Yanukovcyh.

Khoo berkata jika ahli sukan mempunyai kepentingan dalam politik, mereka perlu melakukannya.

"Jika mereka mempunyai sokongan rakyat, boleh menggerakkan orang ramai dan meletakkan beberapa perkara dengan cara yang betul, ia pasti membuahkan hasil untuk mereka.

"Bagaimanapun, ada yang memilih untuk kekal dalam sukan kerana mereka ingin membantu membangunkan lebih banyak atlet dan memperbaiki struktur sukan di negara mereka," katanya.

Apabila ditanya mengenai kekalahan Datuk Soh Chin Aun dalam kerusi Parlimen Kota Melaka pada pilihan raya tahun 1986, Khoo berkata beliau berdepan seorang ahli politik yang mempunyai latar belakang politik yang kuat.

"Chin Aun berdepan Lim Guan Eng di Kota Melaka yang merupakan kerusi panas DAP. "Politik negara dan kecenderungan ke arah DAP pada pilihan raya menyukarkan Chin Aun untuk memenangi Kota Melaka," kata Khoo. Khoo menamakan Manny Pacquiao sebagai contoh seorang ahli politik yang membuat beberapa perubahan dalam negaranya.

Bekas pemain kriket Pakistan Imran Khan, bekas ahli gusti Jesse Ventura, bekas ahli bina badan Datuk Gan Boon Leong dan pemenang pemenang pingat emas Olimpik sebanyak dua kali Sebastien Coe adalah beberapa ahli sukan terkenal yang menjadi ahli politik.

Tags / Kata Kunci: Datuk Lee Chong Wei , Khoo Kay Peng

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan