Terengganu Azam Kekalkan Trofi Hoki Piala Razak 2013

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu berazam mempertahankan Kejuaraan Hoki Piala Razak yang disandang tahun lepas pada kejohanan edisi di Kuantan 5 Sept ini.

Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) Sabri Salleh berkata pihaknya akan menurunkan pemain yang sama dalam misi mengekalkan rentak kejuaraan itu.

Beliau berkata Terengganu akan memulakan latihan pusat selama dua minggu sebelum kejohanan bermula.

Kebanyakan pemain Terengganu kini berada di pusat pengajian tinggi, selain beberapa pemain dipanggil untuk latihan pasukan kebangsaan, katanya.

Antara pemain yang berada dalam skuad kebangsaan untuk Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Ipoh mulai 24 Ogos ialah Mohd Sharun Nabil Abdullah, Faizal Saari, Muhammad Firhan Ashaari dan Mohd Fitri Saari.

Dua pemain remaja pula -- Mohd Hafizuddin Othman dan Azrul Faiz Ahmad Sobri -- mengikuti latihan skuad kebangsaan untuk kejohanan remaja dunia di India pada Disember.

Sabri berkata seramai 18 pemain akan disenarai untuk menggalas cabaran Piala Razak manakala jurulatih pasukan itu akan ditentukan dalam masa terdekat. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan