Tenis: Bartoli Bersara Pada Umur 28 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bartoli bersama trofi Wimbledon yang dimenangi bulan lalu.
Bartoli bersama trofi Wimbledon yang dimenangi bulan lalu.

JUARA wanita Wimbledon 2013, Marion Bartoli mengumumkan persaraan kariernya pada umur 28 tahun selepas tewas pusingan kedua pada kejohanan Western and Southern di Cincinnati pada Khamis.

Pemain kelahiran Le Puy en Velay,Perancis yang kini berada di ranking ke-7 dunia ini mula mengenali sukan tenis pada umur enam tahun oleh bapanya yang berhenti menjadi doktor untuk melatih Bartoli.

Melakukan penampilan pertama pada Jelajah WTA 2001 di Terbuka Perancis dengan kemahiran 'forehand' dan 'backhand', mengikuti jejak langkah idolnya, bekas pemain nombor satu dunia, Monica Seles.

Bartoli mula menduduki kelompok 20 dunia pada tahun 2006 dengan meraih gelaran WTA pertama di Auckland, Tokyo dan Quebec City.

Dengan gaya permainan yang agresif, Bartoli lebih selesa beraksi di gelanggang rumput dan pernah mengecewakan pemain no.1 dunia, Justin Henin dan no.3 dunia, Jelena Jankovic sebelum mara ke final Wimbledon 2007, namun tewas kepada Venus Williams.

Pada tahun 2009, Bartoli berjaya menjulang trofi di Monterrey dan Stanford tetapi gagal memberi saingan di Grand Slam apabila terkandas di Terbuka Australia.

Pada tahun 2011, Bartoli berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Perancis tetapi tewas kepada pemain Itali, Francesca Schiavone.

Selepas itu, dia bangkit ke gelanggang rumput di England dan menjuarai gelaran Eastbourne sebelum ke Jepun dan berjaya membaiki kedudukan ranking untuk berada di tangga ke-10 dunia.

Pada tahun lalu, Bartoli tidak beraksi di Wimbledon bagi aksi Sukan Olimpik kerana patuh kepada arahan Persekutuan Tenis Perancis yang tidak membenarkan bapanya menjadi jurulatih pada kejohanan Fed Cup.

Nama Bartoli kembali muncul tahun ini dengan jurulatih baru, bekas pemenang tiga kali gelaran Grand Slam yang juga bekas pemain no.1 wanita dunia dari Perancis, Amelie Mauresmo.

Sejak itu, dia kembali mencipta nama dengan meraih gelaran Grand Slam di Wimbledon dengan gaya tersendiri menewaskan pemain Jerman, Sabine Lisicki bulan lalu.

Persaraan ini mengejutkan peminat-peminat tenis dunia selepas dia tewas kepada Simona Halep dari Romania di Ohio, awal pagi Khamis.

"Ia bukan mudah dan tidak pernah mudah untuk memperkatakan perkara ini. Tetapi perlawanan itu adalah yang terakhir dalam karier saya," jelas Bartoli sambil bergenang air mata.

Tags / Kata Kunci: Marion Bartoli , Le Puy en Velay , Perancis

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan