Permulaan Suram Pada IBL India

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Disebut-sebut sebagai kejohanan badmintonn paling mahal di dunia, Liga Badminton India (IBL) bermula dengan masalah penganjuran, terutama sukarelawan tidak dilengkapi maklumat untuk mengendalikan tugas.

Majlis perasmian lewat sejam dan pihak media dibiarkan tertanya-tanya tanpa tempat duduk yang teratur.

Buku panduan media untuk liga yang menelan kos AS$1 juta itu juga mencetak senarai pemain dengan kerakyatan yang salah.

Pemain Malaysia Tan Boon Heong, Koo Kien Keat, Tan Wee Kiong serta pemain Taiwan Tai Tzu-Ying disenarai sebagai pemain dari China.

Ini menunjukkan ketidakpekaan mereka yang terlibat dalam pengurusan acara itu kerana fakta bahawa kuasa badminton dunia China tidak menghantar pemain untuk kejohanan itu telah diketahui.

Kejohanan itu disertai enam pasukan; dengan dua pasukan pertama yang memulakan permainan ialah Krrish Delhi Smashers menentang Pune Pistons.

Jurulatih Delhi ialah Rashid Sidek dengan tiga pemain Malaysia dalam pasukan itu iaitu Daren Liew, Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat, manakala Tan Wee Kiong bermain untuk Pune Pistons.

Delhi memenangi dua perlawanan iaitu beregu lelaki apabila Tan/Koo mengalahkan Rupesh Kumar dan Sanave Thoma dari Pune 21-13, 21-16 dan perseorangan lelaki Sai Praneeth menewaskan Minh Nyugen Tien dari Pune 21-16, 21-20.

Pune Piston menang tiga perlawanan menjadikan mereka pemenang dalam pusingan pertama, perseorangan wanita Juliane Schenk mengalahkan Nichaon Jindapon 21-15, 21-6; perseorangan lelaki Saurabh Verma menewaskan H.S Prannoy dari Delhi dan beregu campuran Joachiam Fischer Nielsen/Ashwini Ponappa mengalahkan Koo Kien Keat/Jwala Gutta 21-19, 16-21 dan 11-3.

Pada Jumaat Hyderabad Hotshots akan menentang Awadhe Warriors, manakala Bangs Beats bakal berhadapan Mumbai Masters.

Penyertaan Datuk Lee Chong Wei yang dijadual bermain pada Jumaat mewakili Mumbai Master, selepas kecederaannya di Guangzhou, China, belum dipastikan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan