BWF Tegas Dalam Usaha Tangani Masalah Atur Perlawanan - Hoyer

Diterbitkan: Isnin, 12 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berjanji akan menangani dengan serius sebarang bentuk mengatur perlawanan dan tidak akan bertolak ansur dengan perkara itu.

Presiden BWF Poul-Erik Hoyer berkata badan sukan dunia itu tidak akan membiarkan perkara itu mencemari sukan tersebut, antara sukan teras Olimpik.

"Fenomena ini muncul bukan sahaja dalam badminton tetapi juga dalam sukan lain, Ini adalah kebimbangan kami. Saya akan melakukan yang terbaik untuk menghalang masalah ini daripada berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas tindakan empat beregu wanita dari Korea Selatan, China dan Indonesia yang sengaja bermain untuk kalah bagi memastikan mereka mendapat undian mudah pada Sukan Olimpik London tahun lepas.

Hoyer, bekas juara acara perseorangan Sukan Olimpik 1996 itu yang menggantikan Dr Kang Young Joong dari Korea Selatan sebagai presiden BWF pada Mei lepas, berada di sini untuk Kejohanan Dunia 2013.

Atas tindakan itu, kesemua beregu wanita itu disingkirkan daripada Sukan Olimpik London, sekali gus mencetuskan skandal terbesar dalam sejarah sukan itu pada temasya Olimpik.

Hoyer, 47, berkata BWF sentiasa memandang serius gejala mengatur perlawanan dan Jawatankuasa Disiplin badan dunia itu ditugaskan untuk mengkaji perkara itu.

"Jawatankuasa Disiplin bertindak cepat di Sukan Olimpik London 2012 di mana empat beregu wanita dibatalkan penyertaan kerana cubaan memberi kemenangan mudah kepada pihak lawan," katanya.

Mengenai pengenalan sistem elektronik bagi membantu pengadil garisan di tepi gelanggang yang sepatutnya diguna pakai pada Terbuka Indonesia Jun lepas, Hoyer berkata perkara merupakan keutamaan bagi BWF dan akan diuji sebelum akhir tahun ini.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: BWF , Poul-Erik Hoyer

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan