Badminton: Seu Bock Dilantik Jurulatih Pasukan Mumbai Masters

Diterbitkan: Isnin, 12 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Pasukan Mumbai Masters telah melantik Tey Seu Bock, jurulatih perbadi pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, sebagai ketua jurulatih Liga Badminton India Vodafone (IBL).

Bekas juara kebangsaan wanita India, Aparna Popat dilantik sebagai penasihat pasukan itu.

Seu Bock, bekas jurulatih skuad Malaysia, mempunyai cabaran baharu memimpin pasukan itu dalam liga yang menawarkan hadiah US$1 juta (RM3.2 juta).

"Ia adalah satu penghormatan untuk dikaitkan dengan pasukan yang mempunyai pemain bintang. Ia akan menjadi pengalaman baharu bagi saya untuk menjejalah bersama pemain ke seluruh dunia dalam acara yang membawa sukan itu ke tahap baharu," kata Seu Bock dalam kenyataan di sini hari ini.

Liga IBL 2013, yang bakal dilancarkan pada Rabu ini, akan menampilkan enam francais dan berlansgung selama 18 hari.

Setiap francias akan menjadi tuan rumah selama dua hari dan secara keseluruhan liga itu akan menampilkan sebanyak 90 perlawanan dengan siaran langsung selama lebih 100 jam di saluran hiburan Stars Sports 2 dan ESPN.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan